Friday 24 April 2015

Saya Dan Internet - Forex

Wow zaman sudah berubah tua muda dah pandai melayari internet. Dulu gayut guna public phone, sekarang gayut guna smartphone. :)

Masih ingat tak ketika kita mula-mula nak kenal internet dulu?

Seingat saya, dulu mula-mula saya kenal internet ni sekitar tahun 2005. Mungkin orang lain lebih awal, mungkin lebih lewat, saya tak tahu. hehehe.. Cuma masa tu memang jarang sangatlah melayari internet sebab bukan ada keperluan pun. Pastu kalau nak guna internet kena pergi Cyber Cafe, tambahan pulak kerja masa tu selalu banyak kat laut.

Sehinggalah tahun 2009 apabila saya meninggalkan perkhidmatan tentera, bermula tahun itu saya mula mengaktifkan diri melayari internet.

Kebetulan masa tu ada bajet lebih sikit, saya beli laptop second hand dari abang saya dan mula langgan internet broadband. Haha setelah 6 tahun, hari ini saya masih pakai laptop yang sama jugak!

Tujuan pada masa itu hanyalah untuk mencari peluang menambah pendapatan melalui internet.

Percubaan pertama saya ialah Forex. Ini bukan yang labur modal lepas tu orang lain yang tolong trade. Saya tak percaya semua tu. Walaupun tak berapa pandai lagi dalam forex tapi sebab dah cuba 'demo account' jadi nak lah merasa 'real account' pulak.

Jadi saya pun buka satu akaun forex, beli ebook dan sofware yang kononnya boleh bantu bila harus 'buy and sell'. Hasilnya? Hihihi... untung ciput, akhirnya rugi hingga habis modal. Mujurlah untuk pertama kali mencuba memang tak banyak modal saya laburkan.

Forex bukan sekadar analisis teknikal dan fundamental sahaja, tetapi kita mesti ada kawalan emosi. Emosi ni yang ramai tewas. Itulah percubaan pertama saya dan bolehlah dikatakan ianya gagal. Saya tidak mencuba untuk kali kedua sehingga hari ini.

No comments:

Post a Comment