Saturday, 8 August 2015

FB Ads - Bagaimana Nak Buat Ayat Iklan Yang POWER?

Memilih pemasaran berbayar seperti FB Ads adalah pilihan yang baik. Sebenarnya FB Ads telah terbukti melonjakkan jualan para peniaga di internet. Namun mestilah dibuat dengan ilmu dan teknik yang betul.

Jika masih baru menggunakan FB Ads, atau FB Ads ini masih belum dapat membantu menghasilkan jualan yang  memberangsangkan, hentikanlah dahulu FB Ads tersebut sebelum menanggung kerugian membayar kos pengiklanan FB Ads. 

Sekiranya sudah target audience yang betul, cuba perhatikan ayat iklan anda. Adakah anda rasa ianya sudah cukup perisa? Adakah ianya dapat meruntun hati mereka yang melihat? Ingat, ayat iklan itu bukan untuk kita, ianya untuk bakal pelanggan kita. Jadi kita mesti buat ayat iklan yang betul, mesti buat ayat iklan yang power untuk bakal pelanggan kita. Jangan syok sendiri yea...

Jadi bagaimana nak buat ayat iklan yang betul? Bagaimana nak buat ayat iklan yang POWER? 

Pelajari apa yang kurang dan apa yang perlu dibuat dalam 
video PERCUMA ini ----> http://bit.ly/teknikmudahfbads

http://bit.ly/teknikmudahfbads

Perlukah Upah Orang Lain Untuk Melakukan Pemasaran Internet?


Tidak kiralah apa produk sekalipun, sekiranya kita masih baru lagi berniaga dan menggunakan internet sebagai medium pemasaran, kebiasaannya di peringkat permulaan kita akan menggunakan cara-cara percuma seperti post di facebook dan instagram ataupun menghantar email kepada kenalan.

Hari demi hari berlalu timbul keinginan untuk menambah hasil jualan. Bermakna kita mesti menambah ilmu dalam pemasaran internet ini. Yelah, nak tambah jualan mestilah kena tambah ilmu dulu, betul tak? Walaupun begitu, kita tidak boleh mahir dalam sehari dua. Ianya akan mengambil masa. 

Jadi adakah perlu kita mengupah orang lain melakukan pemasaran internet untuk produk-produk kita? Perlukah upah orang lain untuk melakukan kerja-kerja pemasaran ini?



Oklah, biarlah susah, biarlah memakan masa, seelok-eloknya biarlah kita sendiri yang melakukan pemasaran internet ini.

Kecuali untuk mereka yang memang tiada masa samada kerana terikat dengan kerja full time, atau mereka yang sudah mempunyai banyak perniagaan, upah orang untuk melakukan pemasaran internet adalah sesuatu yang boleh dipertimbangkan. Syarikat-syarikat besar di Malaysia malah syarikat antarabangsa juga menggunakan khidmat pakar pemasaran :) Ianya dipanggil outsource. Kita tidak perlu menjadi pakar dalam semua hal! Pilihlah sesiapa atau syarikat yang menawarkan servis pemasaran internet ini dengan berhati-hati dan bersesuaian dengan bajet anda.

3 sebab kenapa perlu lakukan pemasaran internet sendiri:

Pertama - Boleh guna ilmu pemasaran tersebut untuk produk dan perniagaan yang lain pula
Kedua   - Ilmu ini adalah kunci peniaga internet mampu bertahan sepanjang zaman
Ketiga   - Bila dah mahir boleh ambil upah ajar orang lain pulak :) kan tetiba je ada income lain
pulak! Sabar, bukan senang nak sampai tahap ni, tapi ianya bukanlah perkara yang mustahil... 


2 tindakan yang perlu diambil :

Pertama - Cari mentor untuk kita mencedok ilmu dari beliau
Kedua   -  Fokus

Jadi selamat mencari mentor dan fokus yea. Tunjuk ajarku sifu!




Monday, 25 May 2015

Saya Dan Internet - Google Adwords - Akhirnya...


Dek kerana baru tau, jadi memang rasa best je, rasa syiok je kalau guna. Masa tu rasa diri dah lebih maju ke depan jika dibandingkan dengan pesaing yang tak menggunakan Google Adwords ni.

Dalam post saya sebelum ni ( Part 1 dan Part 2 ) ada cerita tentang saya menggunakan Google Adwords untuk bisnes Online MLM. Setelah saya berhenti buat bisnes tu, saya masih lagi mencari-cari peluang di internet. Banyak yang saya jumpa, dan banyak juga yang saya iklankan. Ye, iklankan menggunakan Google Adwords. Kononnya lebih mudah, dan lebih cepat dapat untung. Memang jika saya kenangkan kembali, tahun 2009 dan 2010 agak mudah untuk dapat pelanggan di internet. Sekarang? Mungkin jika saya rajin saya akan buat post lain untuk tajuk ini :)

Baiklah, cuba punya cuba, iklan punya iklan, memanglah ada sikit masyuknye. Kemudian saya hentikan pengiklanan saya, sebab bila saya kaji dan renung saya dapati apa yang saya iklankan itu, program ke atau apa-apa peluang menjana duit di internet pada masa itu kebanyakannya hanyalah 'money game'. Pi mai pi mai tang tu jugak. Kebanyakannya menggunakan web replika dan produknya kebiasaannya ebook-ebook yang tak berkualiti. Ada juga yang tiada produk, cuma menawarkan web replika semata-mata untuk penajaan.

Agak lama mendiamkan diri, bila sampai waktu saya nak menggunakan kembali Google Adwords, saya dapati akaun saya telah di suspen kan oleh Google Adwords ni. Aiyoo.. Pada ketika itu, iklan yang saya gunakan sebelum ini dalam kedudukan 'pause'. Kemudian bermulalah sesi email-mengemail ke bahagian support mereka. 

Akhirnya saya telah diberitahu bahawa iklan saya sebelum ini tidak menepati polisi pengiklanan Google Adwords iaitu :
  • Landing Page / Link URL tidak berfungsi - Ingat, pastikan Landing Page / Link URL yang kita iklankan masih berfungsi seperti biasa.
  • Landing Page ada banyak iklan merapu - Pastikan Landing Page / Link URL tak banyak iklan merapu yang tak sesuai dipamerkan dalam Landing Page tersebut. Nak selamat, buat Landing Page sendiri hehehe..
  • Get Rich Quick - Pastikan tiada unsur-unsur skim cepat kaya atau join program ni boleh jadi kaya.
Sebenarnya, ada banyak lagi polisi yang perlu dipatuhi jika kita menggunakan medium pengiklanan Google Adwords ini. Boleh rujuk sini. Jadi berhati-hati sebelum bersenang hati untuk beriklan yea. Sekali akaun kena suspen memang tipislah harapan untuk menggunakannya kembali. 

Memandangkan kesemua Landing Page/URL link yang saya iklankan milik orang lain, maka memang susahlah saya untuk membetulkan kembali mengikut kehendak Google Adwords tu. Akhirnya saya ok saja, tak ada Google Adwords saya beralih pula ke Facebook Ads hehehe.

Sunday, 3 May 2015

Saya Dan Internet - online MLM part 2 (the end)

Setelah berhenti dari bisnes Online Multi Level Marketing sebelum ini, tak lama selepas itu, tahun 2010 saya terjumpa pula satu lagi model bisnes yang sama. Oklah, saya memang tak serik. Terjun pula bisnes Online Multi Level Marketing yang kedua.

Oleh sebab dah pandai buat promosi menggunakan Google Adwords hasil dari pengalaman bisnes MLM yang pertama, maka memang medium inilah yang saya gunakan untuk mempromosikan bisnes MLM saya yang kedua ini. Memang ada tempat-tempat, web-web yang boleh kita iklankan dengan percuma, tetapi hasilnya tiada, zero. Jadi saya fokuskan kepada Google Adwords sahaja.

Apa yang menarik di dalam bisnes online MLM kedua saya ini adalah sistemnya yang pada saya bukan sahaja pada ketika itu (tahun 2010) tetapi sehingga hari ini pun saya masih belum berjumpa lagi sistem yang sama.

Sistem akan menghantar sms terus ke telefon saya sekiranya ada prospek yang mendaftar melalui replika website saya. Seterusnya saya boleh terus 'follow up' melalui email atau terus telefon prospek sekiranya mereka meletakkan nombor telefon di dalam borang 'opt in' dalam replika website tersebut. Ketika itu ramai prospek yang tak percaya bercampur teruja kerana baru saja isi borang 'opt in', terus saya telefon. hihihi.

Dengan sistem yang mengintergrasikan talian sms dan website ini, sedikit sebanyak telah meningkatkan minat kepada prospek saya untuk sama-sama turut serta dalam bisnes ini. 

Alhamdulillah saya memang mampu menghasilkan jualan pada ketika itu, saya suka. Tapi tak lama, bila merenung angka yang harus saya bayar untuk kos pengiklanan di Google Adwords hihi. Bila campur tolak, memang masih ada .untung, tapi tak banyak.

Tambahan pula, kesemua downline saya pada masa itu memang tak pandai nak promosi. Kalau tak silap 3 bulan sahaja saya dalam bisnes online MLM kedua ini, kemudian saya berhenti. Hihihi.

Baiklah, samada online atau offline, pada hari ini ramai yang berpandangan negatif terhadap perniagaan MLM ini. Bagi saya, bukan berapa ramai yang boleh jadi kaya dengan perniagaan ini, sebab yang saya tahu ramai yang join tapi yang jutawan sikitlah sangat. 

Apa yang lebih penting ialah berapa lama kekayaan itu boleh dikekalkan melalui syarikat yang sama, supaya anda betul-betul boleh membantu ahli lain. Ada berani? Hehe.. Sekarang saya tak tahulah. tapi apa yang saya perhatikan sebelum ini, penggiat MLM ini akan melompat dari satu syarikat ke syarikat yang lain apabila pasaran dalam syarikat lama dah tepu. 

Lebih malang lagi apabila ada segelintir yang cara mereka seperti memaksa, kalau tak join siap marah-marah, siap hina lagi kalau tak mahu join haha.. ini betul-betul berlaku pada saya dulu. 

Walaubagaimanapun, saya setuju bisnes memerlukan 'networking' untuk terus maju dan berkembang. Minta maaf ye, jika ada yang terasa. Rezeki bukan milik sesiapa, rezeki milik Allah. 

Saturday, 25 April 2015

Saya Dan Internet - online MLM part 1

Apabila saya sudah gagal menjana keuntungan dalam online forex, saya masih mencari-cari peluang buat duit di internet. Akhirnya saya terjumpa satu. Entah macamana terjebak pulak dalam Multi-Level-Marketing, walaupun persepsi kebanyakan orang terhadap bisnes ini agak negatif. Hihihi. 


Mungkin kerana ianya saya akan jalankan 100% online (itu apa yang tertulis dalam landing page bisnes tu lah), saya fikir ok juga sebab tak perlu jumpa orang pun. Kemudian saya mendaftar nama untuk percuma dahulu. Maklumlah nak kena fikir-fikir dulu ye tak.

Setelah beberapa minggu, biasalah bila dah mendaftar tu, mestilah ada terima email-email follow-up. Dengan ayat-ayat power mereka, saya pun termakan jugalah ayat dorang tu. Jadi penghujung tahun 2009, saya ambil keputusan untuk join tapi pakej yang paling murahlah. Memang dorang kalau boleh nak saya join pakej paling besar, tapi minta maaflah, saya memang suka cuba-cuba dulu hihi.. campur takut-takut.

Bila dah join bisnes online ni kalau tak tahu nak promosi memang sangat ajaiblah kalau boleh menaja tu. Jadi upline pun ajarlah cara promosi. Pastu siap kena beli dvd pula cara-cara nak promosi. Pastu kena datang HQ pula kalau nak tambah ilmu lagi. Saya dah mula rasa tak sedap, sebab tujuan utama saya join, sebab nak buat online je 100%. Kalau dah nak kena pergi sana sini tu dah bukan online dah tu.

Saya menggunakan Google Adword pada masa itu untuk mempromosi bisnes saya ini. Maklum sahaja masa tu memang tak tahu ada teknik free seperti SEO. (Err sekarang dah tahu pun tapi masih tak belajar SEO) Memang klik untuk iklan tu boleh kata oklah. Cuma masalahnya, tak ada yang join hihihi. Dalam masa yang sama kos promosi semakin hari semakin bertambah.

Saya rasa ramai yang dah tahu kan kalau MLM ni nak terus hidup, mesti kono mantain. Buat pembelian ulangan setiap bulan. Adeh ni yang saya tak berapa nak teruskan bisnes ni sebab nak kono mantain RM300 lebih sebulan untuk produk dan replika website mereka. Campur kos promosi lagi. Agak mahal juga bagi saya untuk teruskan bisnes ini sedangkan masih tiada seorang ahli pun di bawah saya. Saya tak perlu fikir panjang-panjang lagi. Terus buat panggilan ke HQ untuk hentikan langganan produk dan web replika yang akan dicaj secara auto setiap bulan melalui kad debit saya.

Akhirnya saya berhenti dari bisnes ini sebelum masuk bulan kedua saya menyertainya.


Friday, 24 April 2015

Saya Dan Internet - Forex

Wow zaman sudah berubah tua muda dah pandai melayari internet. Dulu gayut guna public phone, sekarang gayut guna smartphone. :)

Masih ingat tak ketika kita mula-mula nak kenal internet dulu?

Seingat saya, dulu mula-mula saya kenal internet ni sekitar tahun 2005. Mungkin orang lain lebih awal, mungkin lebih lewat, saya tak tahu. hehehe.. Cuma masa tu memang jarang sangatlah melayari internet sebab bukan ada keperluan pun. Pastu kalau nak guna internet kena pergi Cyber Cafe, tambahan pulak kerja masa tu selalu banyak kat laut.

Sehinggalah tahun 2009 apabila saya meninggalkan perkhidmatan tentera, bermula tahun itu saya mula mengaktifkan diri melayari internet.

Kebetulan masa tu ada bajet lebih sikit, saya beli laptop second hand dari abang saya dan mula langgan internet broadband. Haha setelah 6 tahun, hari ini saya masih pakai laptop yang sama jugak!

Tujuan pada masa itu hanyalah untuk mencari peluang menambah pendapatan melalui internet.

Percubaan pertama saya ialah Forex. Ini bukan yang labur modal lepas tu orang lain yang tolong trade. Saya tak percaya semua tu. Walaupun tak berapa pandai lagi dalam forex tapi sebab dah cuba 'demo account' jadi nak lah merasa 'real account' pulak.

Jadi saya pun buka satu akaun forex, beli ebook dan sofware yang kononnya boleh bantu bila harus 'buy and sell'. Hasilnya? Hihihi... untung ciput, akhirnya rugi hingga habis modal. Mujurlah untuk pertama kali mencuba memang tak banyak modal saya laburkan.

Forex bukan sekadar analisis teknikal dan fundamental sahaja, tetapi kita mesti ada kawalan emosi. Emosi ni yang ramai tewas. Itulah percubaan pertama saya dan bolehlah dikatakan ianya gagal. Saya tidak mencuba untuk kali kedua sehingga hari ini.