Sunday 3 May 2015

Saya Dan Internet - online MLM part 2 (the end)

Setelah berhenti dari bisnes Online Multi Level Marketing sebelum ini, tak lama selepas itu, tahun 2010 saya terjumpa pula satu lagi model bisnes yang sama. Oklah, saya memang tak serik. Terjun pula bisnes Online Multi Level Marketing yang kedua.

Oleh sebab dah pandai buat promosi menggunakan Google Adwords hasil dari pengalaman bisnes MLM yang pertama, maka memang medium inilah yang saya gunakan untuk mempromosikan bisnes MLM saya yang kedua ini. Memang ada tempat-tempat, web-web yang boleh kita iklankan dengan percuma, tetapi hasilnya tiada, zero. Jadi saya fokuskan kepada Google Adwords sahaja.

Apa yang menarik di dalam bisnes online MLM kedua saya ini adalah sistemnya yang pada saya bukan sahaja pada ketika itu (tahun 2010) tetapi sehingga hari ini pun saya masih belum berjumpa lagi sistem yang sama.

Sistem akan menghantar sms terus ke telefon saya sekiranya ada prospek yang mendaftar melalui replika website saya. Seterusnya saya boleh terus 'follow up' melalui email atau terus telefon prospek sekiranya mereka meletakkan nombor telefon di dalam borang 'opt in' dalam replika website tersebut. Ketika itu ramai prospek yang tak percaya bercampur teruja kerana baru saja isi borang 'opt in', terus saya telefon. hihihi.

Dengan sistem yang mengintergrasikan talian sms dan website ini, sedikit sebanyak telah meningkatkan minat kepada prospek saya untuk sama-sama turut serta dalam bisnes ini. 

Alhamdulillah saya memang mampu menghasilkan jualan pada ketika itu, saya suka. Tapi tak lama, bila merenung angka yang harus saya bayar untuk kos pengiklanan di Google Adwords hihi. Bila campur tolak, memang masih ada .untung, tapi tak banyak.

Tambahan pula, kesemua downline saya pada masa itu memang tak pandai nak promosi. Kalau tak silap 3 bulan sahaja saya dalam bisnes online MLM kedua ini, kemudian saya berhenti. Hihihi.

Baiklah, samada online atau offline, pada hari ini ramai yang berpandangan negatif terhadap perniagaan MLM ini. Bagi saya, bukan berapa ramai yang boleh jadi kaya dengan perniagaan ini, sebab yang saya tahu ramai yang join tapi yang jutawan sikitlah sangat. 

Apa yang lebih penting ialah berapa lama kekayaan itu boleh dikekalkan melalui syarikat yang sama, supaya anda betul-betul boleh membantu ahli lain. Ada berani? Hehe.. Sekarang saya tak tahulah. tapi apa yang saya perhatikan sebelum ini, penggiat MLM ini akan melompat dari satu syarikat ke syarikat yang lain apabila pasaran dalam syarikat lama dah tepu. 

Lebih malang lagi apabila ada segelintir yang cara mereka seperti memaksa, kalau tak join siap marah-marah, siap hina lagi kalau tak mahu join haha.. ini betul-betul berlaku pada saya dulu. 

Walaubagaimanapun, saya setuju bisnes memerlukan 'networking' untuk terus maju dan berkembang. Minta maaf ye, jika ada yang terasa. Rezeki bukan milik sesiapa, rezeki milik Allah. 

No comments:

Post a Comment