Monday 25 May 2015

Saya Dan Internet - Google Adwords - Akhirnya...


Dek kerana baru tau, jadi memang rasa best je, rasa syiok je kalau guna. Masa tu rasa diri dah lebih maju ke depan jika dibandingkan dengan pesaing yang tak menggunakan Google Adwords ni.

Dalam post saya sebelum ni ( Part 1 dan Part 2 ) ada cerita tentang saya menggunakan Google Adwords untuk bisnes Online MLM. Setelah saya berhenti buat bisnes tu, saya masih lagi mencari-cari peluang di internet. Banyak yang saya jumpa, dan banyak juga yang saya iklankan. Ye, iklankan menggunakan Google Adwords. Kononnya lebih mudah, dan lebih cepat dapat untung. Memang jika saya kenangkan kembali, tahun 2009 dan 2010 agak mudah untuk dapat pelanggan di internet. Sekarang? Mungkin jika saya rajin saya akan buat post lain untuk tajuk ini :)

Baiklah, cuba punya cuba, iklan punya iklan, memanglah ada sikit masyuknye. Kemudian saya hentikan pengiklanan saya, sebab bila saya kaji dan renung saya dapati apa yang saya iklankan itu, program ke atau apa-apa peluang menjana duit di internet pada masa itu kebanyakannya hanyalah 'money game'. Pi mai pi mai tang tu jugak. Kebanyakannya menggunakan web replika dan produknya kebiasaannya ebook-ebook yang tak berkualiti. Ada juga yang tiada produk, cuma menawarkan web replika semata-mata untuk penajaan.

Agak lama mendiamkan diri, bila sampai waktu saya nak menggunakan kembali Google Adwords, saya dapati akaun saya telah di suspen kan oleh Google Adwords ni. Aiyoo.. Pada ketika itu, iklan yang saya gunakan sebelum ini dalam kedudukan 'pause'. Kemudian bermulalah sesi email-mengemail ke bahagian support mereka. 

Akhirnya saya telah diberitahu bahawa iklan saya sebelum ini tidak menepati polisi pengiklanan Google Adwords iaitu :
  • Landing Page / Link URL tidak berfungsi - Ingat, pastikan Landing Page / Link URL yang kita iklankan masih berfungsi seperti biasa.
  • Landing Page ada banyak iklan merapu - Pastikan Landing Page / Link URL tak banyak iklan merapu yang tak sesuai dipamerkan dalam Landing Page tersebut. Nak selamat, buat Landing Page sendiri hehehe..
  • Get Rich Quick - Pastikan tiada unsur-unsur skim cepat kaya atau join program ni boleh jadi kaya.
Sebenarnya, ada banyak lagi polisi yang perlu dipatuhi jika kita menggunakan medium pengiklanan Google Adwords ini. Boleh rujuk sini. Jadi berhati-hati sebelum bersenang hati untuk beriklan yea. Sekali akaun kena suspen memang tipislah harapan untuk menggunakannya kembali. 

Memandangkan kesemua Landing Page/URL link yang saya iklankan milik orang lain, maka memang susahlah saya untuk membetulkan kembali mengikut kehendak Google Adwords tu. Akhirnya saya ok saja, tak ada Google Adwords saya beralih pula ke Facebook Ads hehehe.

2 comments:

  1. Saya pun pernah jugak terjebak dengan Online MLM ni. Sama macam yang En Hisyam sebutkan dalam artikel ni, memang kita boleh buat duit, tetapi bila kita renungkan semula, kita cuma promosikan program buat duit semata-mata.

    Sesetengah program memang langsung tak ada produk, tetapi berani menjanjikan pulangan yang lumayan... dah pastinya hanya perlu lakukan kerja yang sangat mudah sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu tuan. Tq TSH kerana sudi menjengah ke sini :)

      Delete